Wednesday, February 27, 2019

“Kami keluar sebagai kawan.. nafi mabuk” – Oktovia Manrose jawab tuduhan curang dengan Aliff Aziz



Pelakon Oktovia Manrose tampil menepis dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah kononnya dia mempunyai menjalin hubungan dengan pelakon berkenaan.

Oktovia berkata, tuduhan dia berkunjung ke sebuah kelab malam bersama Aliff juga tidak berasas kerana mereka bukan berdua-duaan sebaliknya ada rakan-rakan yang lain.
Ini komen Oktavia Manrose:
“Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkan difitnah.
“Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka. Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami,”
Sementara itu, Oktovia Manrose juga meminta Bella Astillah tunjuk bukti mendakwa mereka berdua berada dalam keadaan mabuk ketika berhibur di kelab malam itu.

Jelasnya, dia tidak pernah menyentuh atau minum terlarang itu menjejaskan nama baik bapanya penyanyi Iwan.
Ini katanya lagi:
“Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang.
“Kepada Bella Astillah, saya tak suka you kecoh tunjuk orang yang saya mabuk teruk tanpa bukti, tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain pergi sikit pun saya tak peduli,”
Terdahulu, Bella tampil mendedahkan Aliff Aziz telah sekali lagi berkelakuan curang terhadapnya apabila mendakwa pelakon itu ada hubungan dengan seorang pelakon.
Bella menyatakan suaminya itu mula mesra dengan pelakon berkenaan ketika bergandingan dalam sebuah telefilem berjudul Cinta Paling Indah.
Sebelum ini, pada 2017, Aliff Aziz pernah menggemparkan dunia hiburan apabila kantoi sedang berada di sebuah pusat karaoke bersama pelakon Afifah Nasir.
Kejadian itu berlaku ketika Bella masih dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Sumber: mStar

Nak Rumah Tangga Bahagia? Jangan Halang Suami Melepak

Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu?

Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya?

Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat.

Nak Rumah Tangga Bahagia? Jangan Halang Suami Melepak

Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan.

Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negatif, kita akan jadi marah dan tertekan. Tetapi kalau kita fikir ke arah positif, kita akan gembira. Kalau suami tidak keluar melepak, saya akan tanya,

“Abang tak keluar ke hari ni?”

Suami saya seorang kaki lepak yang tegar. Suami juga selalu melancong dengan kawan-kawannya. Suami juga selalu outstation tetapi itu semua tidak menjadi isu kepada say,a. Bila dia melepak dengan kawan-kawannya, saya akan bertanya dia lepak di mana. Kalau dia lepak di kedai makan, saya akan minta dia tapau milo ais saja.

Kalau dia nak bercuti dengan kawan, saya akan syorkan dia tempat yang saya teringin nak melancong kerana selapas dia berjalan dengan kawan-kawan, dia akan bawa kami anak beranak pula.

Banyak lagi hal lain yang perlu seorang isteri fikirkan. Tambahan sebagai seorang ibu, lebih banyak masalah anak-anak yang perlu kita selesaikan. Hal suami, tak perlu kita nak kongkong. Tahulah dia menjaga diri. Itu cara nak bahagia, tak perlu fikir peningkan kepala fikir macam-macam. Hidup hanya sementara. Sentiasa positif terhadap pasangan. Ini pendapat saya sebagai ibu kepada enam anak.

Jangan kongkong suami, sokong hobi suami. Jalankan kewajipan sebagai isteri, inshaAllah bahagia boleh tercipta walaupun orang kiri kanan berbisik sesama sendiri,Malangnya dia dapat suami perangai seperti itu.

Tuesday, February 26, 2019

“Kita jumpa di syurga ye Adam” -Anak meninggal secara tiba2, luahan ayah ini meruntun jiwa


Perit untuk ditelan, namun itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang ayah yang telah berkongsi kisah memorinya bersama arwah anaknya yang berusia setahun menerusi album di Facebook dengan tajuk Anak Syurga Ayah.

Luahan bapa ini telah membuatkan ramai yang turut bersedih di atas pemergiaan bayi comelnya itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang bapa menguruskan sendiri jenazah anak kecilnya itu.

Seminggu sebelum kamu pergi, bukan main manja lagi dengan ayah

“Kamu nampak sangat ceria selera makan kamu banyak..bila ayah tanya kamu sayang ayah tak? kamu cium ayah berkali-kali sampai ibu gelak, sebab kamu cium pipi ayah tak berhenti.”



Kamu suka sangat bila ayah peluk dan suka baring atas ayah


Tapi sekarang ayah dah tak rasa semua tu…

“Waktu ibu kejutkan kamu bangun pagi, bibir kamu biru, badan kamu lemah longlai dan kaku tak bergerak ayah dan ibu dah mula risau terus bawak kamu ke hospital.”


Wangi sangat bau kamu masa kamu pergi…
“Lepas setengah jam doktor  mencuba, kamu tak dapat diselamatkan ayah sedih sangat, ayah angkat dan cium kamu wangi sangat ya Allah, sedangkan kamu belum sempat ibu mandikan.”


Hari ini Adam balik jumpa atuk untuk kali terakhir..

“Nenek minta atuk istighfar, ayah sedih sebab kamu cucu kesayangan dia yang disebut setiap hari, sehari sebelum kamu pergi ayah sempat video call atuk dan nenek, terngiang2 telinga ayah..atuk tanya Adam bila nak balik kampung, hari ni adam balik tapi adam balik dalam keadaan tak bernyawa.”

Adam tunggu ayah & ibu dekat syurga yer…

“Bermainlah kamu di syurga wahai putera kesayanganku, semoga pemergianmu menjadi 1 syafaat untuk membantu kedua ayah & ibumu satu hari nanti.”


Al-Fatihah
Muhammad Adam Haadif 31/7/17-12/2/19 Kasih Ibu Sampai Ke Syurga Kasih Ayah Kekal Selamanya.. InsyaAllah..


Sumber : Facebook MohdFirdaus MohdAnuar

Monday, February 25, 2019

[FOTO] “Dah Lama Aku Perhati Je”– Serupa Genji Indonesia, Fad Bocey Beri Respon


Beberapa hari ini media sosial telah viral beberapa foto dan video seorang lelaki di Indonesia yang menyerupai g@ya seperti watak ‘Takiya Genji’ dalam filem aksi Jepun Crow Zero. Disebabkan foto itulah, ramai netizen menyamakan wajahnya tidak tumpah seperti pelawak terkenal dan penyampai radio EraFM, Fad Bocey sehingga ada yang telah tag namanya di foto ‘Takiya Genji’ versi Indonesia itu.

Tidak tahan apabila ramai yang menandakan namanya pada foto berkenaan, Fad telah tampil memberi respon menerusi posting dimuat melalui Instagram miliknya untuk membuat perbezaan.

Sumber: instagram Fad Bocey


Murid Bodoh Saya Boleh Tahan, Mak Ayah Biadap Sila Ajar Anak Sendiri

Keberkatan ilmu itu letaknya pada seorang guru. Jika tiada adab kepada guru, di mana datangnya berkat itu? Kerana itulah, kita wajib menghormati guru yang memberikan ilmu.
Malangnya, rasa hormat segelintir masyarakat kepada profesion ini sudah hilang. Menyebabkan, anak-anak terikut sama. Kalau menghukum mereka,  guru pula disalahkan atau disaman ibu bapa.
Luahan tulus dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini ternyata menjentik emosi yang membaca. Moga dapat menjadi renungan kepada semua ibu bapa di luar sana. Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu. Renung-renungkanlah.

Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?
Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka.
Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.
Ustaz/ustazah tu ‘conteng’ iqra’ muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga.

Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah. Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul.
Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.
Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan ‘frame’kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu.
Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.
“Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.
Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan.”
Aku pernah terbaca satu kisah tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan muridnya.
Ada aku simpan dalam nota kat telefon aku ni. Nah aku salin semula di sini. Baca dan hayatilah.
PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. Lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. Setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Dia akan makan separuh sahaja.
Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya. Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi.
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja.
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik.
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.
Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama’.
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
Kalau begitu ambillah anakmu.
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang, bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.
Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul. Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.
“Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya.
Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu.”
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.
“Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.
ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU maka anak yang menjadi mangsa.”
Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.
Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru. Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan guru nya?
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu.
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita.
Aamiin.
Baca biar hadam. Renung dalam-dalam.

'Saya mungkin kahwin atau penjual durian'

“SAYA mungkin kahwin”. Itu jawapan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun secara berseloroh ketika diaju soalan mengenai rancangannya selepas bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelak.

Mohamad Fuzi turut bergurau dia akan menjual durian dan orang awam mungkin boleh mengambil gambar bersamanya ketika berniaga.

Beliau berkata, dia tiada masalah dan gembira untuk bersara daripada jawatannya itu memandangkan semua individu akan mengalami perkara sama.

“Saya bujang, ini mungkin saya kahwin. Jadi banyak benda saya boleh buat.

“Jangan risau apa saya nak buat nanti..mungkin jadi penjual durian tepi jalan, tanam durian..dan kamu mungkin boleh ambil gambar, beli durian kalau saya jual,” katanya pada sidang media sejurus majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-63 di Padang Kawad PSP PDRM Cheras hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Fuzi berkata, sudah tiba masanya untuk beliau bersara dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik selama memegang jawatan Ketua Polis Negara.

“Bukan saya saja, kita semua akan bersara bila masanya tiba. Kita kena sedar bila masanya untuk kita pergi.

“Bukan saya saja akan berpencen, tapi timbalan saya (Tan Sri Noor Rashid Ibrahim), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Datuk Seri Mohmad Salleh) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ( Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

“Saya tidak susah hati..gembira saja. Harap kita sudah menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik,” katanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan pelbagai spekulasi mengenai persaraan beliau Mei ini termasuk desas-desus mengenai calon yang bakal menggantikan jawatannya.

Sumber: Harian Metro

AYDA JEBAT - Krisis Janna Nick, Sheila Rusly bukan gimik

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, tidak merasakan krisis antara Janna Nick dan Sheila Rusly sebagai gimik untuk menaikkan 'rating' drama Leftenan Zana lakonan kedua-dua pelakon itu.

Leftenan Zana yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menggunakan lagu Mata nyanyian Ayda sebagai OST.

“Saya tak rasa itu gimik semata-mata kerana drama itu adalah naskhah sangat baik dan tak perlukan publisiti sebegitu untuk menaikkan populariti.
“Saya ada terbaca mengenai keretakan hubungan antara Sis (Sheila) dan Janna. Sayang kerana saya tahu, kedua-dua mereka sangat rapat.



"Namun, saya pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenainya kerana saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Ayda, 27, berharap agar hubungan antara kedua-dua selebriti itu akan kembali baik.

"Saya harap, hubungan mereka akan kembali baik dan sekiranya ada masalah yang menjadi punca perbalahan, semuanya dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Sumber :Harian Metro

Video Chacha Maembong Berparti Sakan Di Kelab Malam Tersebar?




Sebelum ini, ada gosip mengatakan pelakon Chacha Maembong sering ke kelab malam gara-gara terpengaruh dengan kehidupan teman lelakinya yang bukan Islam dan merupakan seorang DJ. Bagaimanapun, Chacha menafikannya dan mengatakan beliau ke kelab malam atas jemputan ataupun sekadar ingin menemani kekasihnya itu.

Namun kami tidak pasti kesahihan disebalik video yang tersebar ini, namun harapnya Chacha dapat tampil memberikan penjelasan agar tidak terus dihimpit dengan pelbagai spekulasi.


2 Lelaki telah di Tahan Kes Samun

SHAH ALAM : Polis Selangor menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kumpulan penjenayah bermotosikal yang menyamun di beberapa lokasi sekitar negeri itu.

Bagaimanapun, tarikh dan masa tangkapan tidak didedahkan. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kes berkenaan.

"Kita sedang menyiasat dua lelaki ini. Kita akan jalankan siasatan lebih terperinci lagi sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kumpulan-kumpulan yang lain dan kalau dia ada kaitan dengan kumpulan 'Mat Tok' atau sebaliknya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada Isnin.
Beliau turut menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu polis mengesan kumpulan penjenayah terbabit.

"Jadi di sini saya memerlukan maklumat-maklumat  dan kerjasama orang awam untuk tampil ke hadapan untuk menghubungi pihak kami. Kalau maklumat ini diperolehi, ia akan dapat membantu kami melakukan siasatan. Kita akan tangkap mereka dengan segera," tambahnya lagi.

Polis percaya kumpulan samun bermotosikal itu melakukan rompakan jika ada ruang dan peluang di depan mata mereka.

Khamis lalu, tiga kes samun dan cubaan samun dilaporkan berlaku membabitkan antara enam hingga lapan lelaki menaiki motosikal yang bersenjatakan parang dengan mencari sasaran yang berada di perkarangan rumah di kawasan sunyi.

Kes pertama dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.15 petang melibatkan mangsa, seorang lelaki yang sedang meletakkan kereta di luar rumahnya di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas, Klang, didatangi enam lelaki menaiki motosikal yang mengacukan parang sebelum melarikan wang tunai RM5,000, buku cek RM4,300, barang kemas RM2,000 dan telefon bimbit.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita disamun ketika berada di hadapan rumahnya di Lorong Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang oleh lapan lelaki bersenjatakan parang yang menaiki empat motosikal jenis Yamaha 125z.

Kemudian, kira-kira jam 4.05 petang, seorang lelaki yang mahu keluar dari rumahnya di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara pula cuba disamun tujuh lelaki menaiki empat motosikal yang sebelum itu berlegar-legar di sekitar kawasan kediamannya.


10 khasiat Kaki Ayam

Sila Rajinkan Diri Makan Kaki Ayam Bila Dah Nak Masuk Umur 30 Tahun. Mengapa? Jom kita lihat sebabnya dan, apa manfaat disebalik kaki ayam ni.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi.

Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C.

Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:

Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong pergantian sel-sel kulit mati dengan sel kulit baru yang lebih cepat.

Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.

Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.

Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.


2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh

Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.

Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang.

Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.

3. Menyembuhkan Cedera

Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.

Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.

4. Menyihatkan Saluran Pencernaan

Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat.

Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat.

5. Menjaga Kesihatan Kuku

Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku.

Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.

6. Menyihatkan Gusi

Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh.

Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak.

Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. 

Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

8. Membentuk Probiotik Semulajadi

Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi.

Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi.

Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.

9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh

Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh.

Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.

10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh

Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain.

Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.

Rokok Seludup Bernilai RM3.1 Juta Berjaya Dirampas Pihak Berkuasa

Lagi rokok seludup telah berjaya dirampas Pasukan Polis Marin yang dianggarkan sebanyak 11,200 karton rokok seludup atau RM3.1 juta termasuk cukai.

Lori yang ditahan di Bukit Tagar malam tadi itu hasil dari risikan dan intipan yang dilakukan hampir dua bulan, kata Pegawai Pemerintah Markan Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Mohd Khairuddin Jamal.

Dalam penahanan terbabit, pemandu lori berkenaan dikatakan telah memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun ianya berjaya juga ditahan setelah dikejar hampir 70km.