Friday, December 27, 2019

HATI IBU MANA YANG TAK SEDIH

Berkali-kali baca kisah sayu ni.

Si ibu ke umrah.
Ditakdirkan, anak kembarnya kemalangan. Seorang meninggal. Cedera parah. Bengkak. Tak dapat beza mana satu abg, mana satu adik. Pengecaman susah dibuat oleh si ayah dan adik beradik yang lain. Kebetulan, kembar suka menyimpan kad pengenalan bersama-sama. Jadi, sukar untuk tentukan identiti jenazah yang wajah seiras. 4 hari selepas salah seorang dikebumikan, si ibu baru pulang ke tanahair. Hebat naluri ibu! Dia kata silap. Yang meninggal bukan Najib tapi Nabil.

“Gerak hati saya dari awal sememangnya memberitahu bahawa anak saya yang sedang koma itu adalah Muhammad Najib kerana dia hanya akan berikan respon positif sewaktu saya memanggilnya Najib.
.
“Apabila bengkak dan luka di mukanya mulai surut, jelas yang koma itu adalah Muhammad Najib.”
.
Setelah beberapa hari, kembar yang koma bertarung nyawa pun meninggal... mengikut jejak abadi kembar yang seorang lagi... .
.
Al Fatihah

(kemalangan ketika mereka pulang dari program keagamaan)


No comments:

Post a Comment