Perit untuk ditelan, namun itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang ayah yang telah berkongsi kisah memorinya bersama arwah anaknya yang berusia setahun menerusi album di Facebook dengan tajuk Anak Syurga Ayah.
Luahan bapa ini telah membuatkan ramai yang turut bersedih di atas pemergiaan bayi comelnya itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang bapa menguruskan sendiri jenazah anak kecilnya itu.
Seminggu sebelum kamu pergi, bukan main manja lagi dengan ayah
“Kamu nampak sangat ceria selera makan kamu banyak..bila ayah tanya kamu sayang ayah tak? kamu cium ayah berkali-kali sampai ibu gelak, sebab kamu cium pipi ayah tak berhenti.”
Kamu suka sangat bila ayah peluk dan suka baring atas ayah
Tapi sekarang ayah dah tak rasa semua tu…
“Waktu ibu kejutkan kamu bangun pagi, bibir kamu biru, badan kamu lemah longlai dan kaku tak bergerak ayah dan ibu dah mula risau terus bawak kamu ke hospital.”
Wangi sangat bau kamu masa kamu pergi…
“Lepas setengah jam doktor mencuba, kamu tak dapat diselamatkan ayah sedih sangat, ayah angkat dan cium kamu wangi sangat ya Allah, sedangkan kamu belum sempat ibu mandikan.”Hari ini Adam balik jumpa atuk untuk kali terakhir..
“Nenek minta atuk istighfar, ayah sedih sebab kamu cucu kesayangan dia yang disebut setiap hari, sehari sebelum kamu pergi ayah sempat video call atuk dan nenek, terngiang2 telinga ayah..atuk tanya Adam bila nak balik kampung, hari ni adam balik tapi adam balik dalam keadaan tak bernyawa.”
Adam tunggu ayah & ibu dekat syurga yer…
“Bermainlah kamu di syurga wahai putera kesayanganku, semoga pemergianmu menjadi 1 syafaat untuk membantu kedua ayah & ibumu satu hari nanti.”
Al-Fatihah
Muhammad Adam Haadif 31/7/17-12/2/19 Kasih Ibu Sampai Ke Syurga Kasih Ayah Kekal Selamanya.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment