SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dipercayai dicabul selepas mendakwa dipanggil seorang lelaki tidak dikenali ke tandas surau berhampiran Ambangan Heights di sini.
Mangsa mendakwa dipeluk dan dicabul selepas dipanggil ketika bermain di taman permainan itu kira-kira jam 6.30 petang pada 13 Disember lalu.
Kejadian turut disaksikan kakak sepupu mangsa yang turut bermain bersama-samanya ketika kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, hasil siasatan mendapati suspek memanggil mangsa supaya menghampiri tandas dan terus memeluk sambil memegang kemaluan mangsa.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian jelas di mana seorang lelaki menunggang motosikal memanggil mangsa supaya menghampiri suspek.
No comments:
Post a Comment